JoM KliK

Friday, December 30, 2011

Asam pedas ikan patin

As Salam semua...

xtau kenapa sejak 2 menjak nie suke makan ikan patin. minggu lepas da beli ikan patin. minggu nie beli lagi ikan patin bukan sekor tau tp 2 ekor terus.. ishh ishhh tamak2 hehehee
time kecik2 dulu xsuke ikan patin bukan ikan patin jew tp semua ikan darat/sungai memang xleh makan sbb ikan2 jenis nie berbau hanyir yg kuat. tp da besar2 nie pandai plak beli n makan ikan patin ^_* heheeehee

jum share resepi asam pedas ikan patin. oleh kerana dah 2 kali beli ikan patin skali masak asam pedas style tumis n lgi 1 masak asam pedas style rebus jew... 2, 2 sedap yumyumm...

Asam pedas rebus style..

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  •  5biji cili padi(sape yg suke pedas)-dikisar
  • 4 ulas bawang merah-dkisar
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2cm kunyit hidup-dikisar
  • 2cm lengkuas-dkisar
  • 1ikat daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah 4
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • seikat bendi
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

  1. Masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk, asam keping serta air dan didihkan
  2. Bila dah mendidih masukkan bunga kantan, daun kesum n ikan. biar mendidih
  3. Kemudian masukkan bendi, garam, gula dan biarkan masak. siap!!!

Asam pedas tumis style...

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 4 ulas bawang merah-dkisar
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2cm halia -dikisar
  • 2 btg serai -dkisar
  • 1ikat  daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak 
  • seikat bendi
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)-dikisar bersama

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, bendi, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

bagi una 2,2 sedap... nnti pakat2 try eh...

No comments:

Post a Comment