JoM KliK

Sunday, May 23, 2010

Bab 1 : CinTa

salam semua kawan2...

memula sure una nk mitak maaf byk2 sbb una dah mungkir janji uwaaa sobs sobs. sowey yer semua. janji manisku padamu akhirnya masih lum dapat dtunaikan sepenuhnyer iaitu nk update blog stiap hari.huhuu.

betullah kate abang2 n kakak2 dluar cna. lau dah masuk alam bekerja memang akan bz n masa mestilah dbahagikan ngn terbaik. lau x akan dbelenggu ngn masalah kekurangan masa. 24jam terlalu singkat untuk melakukan semua perkara. lau bleh una memerlukan 42jam sehari. baru una sempat untuk melakukan semua kerja yang tertangguh n dtangguh.

cube tgk atas balik. tajuk enrty una kali nie adalah Entry Jiwang Bab1. hohohooo maknanya akan ada bab seterusnya. wahahaha. dah gaya novel or cerpen cinta nie. xpelah,una rase nie blog una so una leh ceritakan apa sahaja. jum share.

entry jiwang nie bukan tuk menceritakan pasal cerita jiwang2 n tangkap lentok ibarat lagu2 rock kapak tu. bukan(sambil geleng kepala cepat2) ini entry tentang cerita dewasa. hah ape nie una pilih ayat bukan2 jew. ish.(garu2 kepala)

entry ini xbermaksud pape n xde kaitan ngn hidup una pun cuma una nk beri pandangan n pendapat una tentang cinta,sayang,suka,minat,kecewa,terluka,terguris,bertunang,berkahwin,anak or anak2 dan yang sewaktu denganya.

una sebenarnya xsuka(bukan xsuka tp lebih kepada malu) tentang topik ini tapi una rase lebih baik kite share untuk mendapat pandangan n nasihat yg lain. mungkin cara kite fikir n cara orang lain fikir adalah berbeza. stiap org ada pendapat n pandangan masing2 kan?

panjang plak pendahuluan una kan. ermm, supaya semua faham n jelas heehee.
kiranya bab 1 ini adalah pendahuluan kepada bab2 seterusnya.
dengan ini una nk coretkan sedikit tentang Cinta. tapi kepada yang dah add una kt fb kate2 nie ada kat fb una.(at notes)

t.o.l.o.n.g.s.a.m.p.a.i.k.a.n.p.a.d.a.s.i.d.i.a

Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

yaAllah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...seta berkatilah bagiku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bgku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu kadikan aku meridhainya...amin ya Rabb~

Sunday, May 16, 2010

aDaM mAya

Salam Ingatan semua...


nampaknyer una masih tidak dpt menunaikan janji sepenuhnyer kan. maaf kan una yer semua. una masih kekurangan waktu untuk post stiap hari dcnie. hujung mggu kali nie una masih mempunyai kelapangan.so jum kite sharing is caring.

khamis lalu 13/5/10 berakhirnya drama AdamAya yang menjadi kegilaan ramai stiap petang terutama kpd surirumah2 yg stiap hari duk lepak dpn tv (nick g) pasti xkan melepaskan stiap detik n episod cerita ini.

adamaya berlatarbelakangkan sebuah kehidupan d alam berumah tangga. yg dawalnyer sebuah kisah cinta. inilah yang dkatakan takdir dan jodoh semua Allah yg menentukan.

una suka sgt2 watak adam dalam dlm cerita ini. dah la hensem(hahaaa) una suke sbb adam sungguh memahami dan xcepat melatah dalam melayan karenah maya yg masih berhubung dengan dani iaitu bekas kekasih maya.

Inilah yg dkatakan lelaki macho n cool. bg una macho bukan pd paras rupa tp pada seseorg itu dapat menyelesaikan segala masalah ngn akal fikiran bukan dengan hawa nafsu semata. pepatah adam berkata "fikir dulu sebelum cakap".


tapi drama adamaya nie da abis da. lau bleh pihak penerbit n pengarah lau bleh panjangkn ckit jalan cerita ini. xpuas tgk kematangan watak adam. bg watak maya pula. kureng ckit sbb dalam menghayati time watak sedih brape sedih. maya perlu improve lagi kesedihan dalam hati(perghh dah gaya pengkritik af nie) tp watak maya time marah memang menjadi. hebat marahnyer lebih2 lagi time marahkan dani last episode tu. hebat. tabik.(mungkin maya nie jenis panas baran kot hahaa) sowey maya.

papepun best sgt drama ADAMAYA.
penuh ngn kisah kehidupan hari ini.penuh ngn pengajaran dsebalik cerita yg ditayangkan. bermanfaat.

Monday, May 10, 2010

sUrPriSE!!!!

nampak x pic teddy kt atas nie. ha, inilah surprise dr dak2 umh una.. sempena besday una tanggal 1 april 2010 aritu.
sowey lmbt post.una bz sejak akhir2 nie. tp una kan dah janji kali nie una xkan abaikn dah blog kesayangan una nie.


una xbudget pun akan dapat teddy nie sbb memang pandai lah dorang sume rancang. una btl2 surprise lah. menjadi betul rancangan dorang nie. mekacih kawan2 love u all so much.

kepada mirah,zue,dd n kak ha mekacih tak terhingga bg surprise teddy pd una. so appreciate it!!

comelkan teddy tu. mcm tuan teddy (hah gelak kuat2)
pic kt bawah nie terupload skali plak. tp xpelah alang2 cerita lah kt cnie (eleh una padahal nk tayang gmbr wekss)

pic ini dirakam buat kenangan sewaktu g UTM,Skudai. nk tgk Yan salah seorng sahabat kami konvo tp alih2 xjumpe pun die. kami yg sakan bergmbr mengalahkan org berkonvo. ape nk buat una kan hantu camera.

una paling suke tmpt nie. ade taman n tepi bangunan tinggi pastu leh panjat2 ade tangga besar2. ade air terjun buatan. cantik sangat2. xdapat nk snap byk ruang sbb ramai sgt time nie dak2 konvo serbu tmpt nie nk bergmbr.

nak tahu lebih lanjut tmpt nie kena tnya nick g n nick da. nie ka U dorank.mesti dorank tau. jum terjah nick g n nick da(call sudah :P)

JuM hEboH daNga BaY


EpISOd JElaJah Jb KAli kE-2

IsKaNDar MAlAySia OpeN dAYZ



assalamualaikum..


Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu,Mama

salam semua,

tanggal 09.05.2010
seluruh dunia akan menyambutnyer bersama ibu,mama,mother,umi,mummy,emak, apa sahaja panggilan anda terhadap ibu yg telah melahirkan anda dan dengan penuh kasih sayang membesarkan anda semua sehingga menjadi seorang insan yg berguna.


ibu...
ibu yang melahirkan kita
ibu yang menyusukan kita
ibu yg berjaga malam ketika kita menangis
ibu yg menghalau nyamuk yg gigit kita
ibu yg menyisirkan rambut kita
ibu yg membelikan baju untuk kita
ibu yg penuh kasih sayang memujuk kita
ibu yg membelikan itu ini untuk kita
ibu yg xpernah merungut stiap tingkah laku kita

ibu...
ibu adalah segalanya dalam hidup kita
ibu yg sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita
ibu yg selalu mendoakan kejayaan buat kita
ibu yg selalu susah senang bersama kita

ibu..
hargailah ibu kita semua
walau siapa pun ibu kita
doktor
guru
peguam
pengemis skali pun
dia tetap ibu yg melahirkan kita
keredhaan hidup kita berada di bawah tapak kaki ibu


sempena hari ibu
una nk mengucapkan SELAMAT HARI IBU,
BUAT MAMA TERSAYANG CHE NAB BINTI CHE KAR
yg berada d Pasir Mas,Kelantan.

Terima kasih yg tak terhingga buat mama kerana melahirkan una ke dunia ini. Hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikkan mama yg tak pernah jemu melayan karenah una selama ini.

una masih ingat lagi betapa sayangnyer mama pada una
mama sanggup buat apa saja demi anak tersayang nyer
waktu tu una berumur dalam 6 tahun.
mama nk solat maghrib, standardlah waktu begini byk nyamukkan.
supaya una xdgigit nyamuk mama akan kebas2(halau2) nyamuk yg berada dlm kelambu katil then letak una dalam kelambu tersebut tas katil supaya una x dgigit nyamuk.
sampai mcm tu skali kan sayangnyer mama pada una. sbb tulah una amat sayangkan mama sgt2. so skrng lau una kene gigit nyamuk una akan ingt mama. mama lah yg paling memahami una yg xsukakan nyamuk.

mama,segala kasih sayang mama selama membesarkan una xterbalas oleh una.
Hanya pada ALLAH una memohon supaya mama dberikan ganjaran Syurga untuk mama.. amin...

kepada semua insan dluar cna. sayangi lah ibu anda semua. jasa ibu takkan dapat dbalas dengan wang ringgit harta menimbun emas berkarat2.
ingatlah, suatu hari nnti anda semua juga bakal jadi IBU.


~~AMIN~~

AHAD 09052010

Assalamualaikum semua,


hari ini bersamaan ahad 9/5/10 adalah cuti ujung mggu bg warga selain negeri Kelantan, Terengganu n Kedah. hari ini juga bersamaan ade suarasa tv9 d angsana berhampiran umh una. hnya 1meter shja dr umh una sedang berlangsung nyer suarasa tv9 dan gempak celebrity astro.

oleh kerana semalam bersamaan sabtu 8/5/10 una telah menjelajah suarasa tv9 n intai2 gempaq celebrity astro maka hari ini dengan rasminyer una xmo g lagi kerana sayang nk tinggalkan blog ini :P

sambil berjalan2 dalm angsana smlm "terbeli sehelai kemeja" sesuai untuk jalan n g kerja maka dsebabkn itu jadi terbelilah ia. maafkan daku duit kerana terbeli kemeja ini.

berjalan2 lagi pusing dlm suarasa tv9 pula yg berlangsung d perkarangan parking angsana maka dengan tidak sengaja lagi sekali terbeli tudung yg dirasekan teramat sesuai d pkai dengan baju yg baru dbeli itu. oh duit. maafkan daku sekali lagi kerana "terbeli" lagi.

sebenarnya una bab shopink xbikra :) tapi.....
dsbbkan duit telah berkurang kerana Lumix CamERa maka dengan rasminyer una kene berjimat cermat. makan pun ala kadar shja. berjalan2 pun kenalah tahan2 ckit. duduklah umh una. kemas umh. update blog. lap tingkap. iron bju tuk seminggu. wah sungguh rajin. (percaya ker?)

ha.sebelum terlupa cube komen bju una beli ini. cantikkan tdung pun sesuaikan :P



hamboi2 balik trus pakai ni ewah2. (perasan lawa lah tu kikii)
mcm pelik jew muka una pakai tudung ibu arini nie. uwaaa segan lak nk pakai tudung nie. errmm da beli pakai lah una oiii (sape suh hang beli)

n 1 more pasai Camera Lumix. mesti syana n nick g terkezut nape una yg comeii ini selalu bergambar sejak akhir2 ini kerana dengan adenyerr Camera Lumix ini heheee.. :P

oleh kerana Camera nk amik gmbr Camera xdpt so una uplot teddy yg dapat bersama time beli Camera Lumix ini. comelkan (cepat ckp comel!!)


nie plak speaker yg una beli ngn harga rm1. fulamak murah giler kan!!!!!!
xcaya ker? kali nie tolon lah percaya. memang una beli ngn harga rm1 jew.
sebab nyer... ade lah sebabnyer kan nape dapat beli ngn rm1. sebab time una beli camera nie kt Danga City Mall ade wt promosi sape2 100 customer pertama dapat beli speaker ngn harga rm1 dan dapat borang cabutan bertuah.

xcal2 pun org2 danga city mall nie. nampk gayanyer xbertuah lah una dlm mengisi borang bertuah tu huhuuu. xpelah kira bertuah lah nie dapat teddy lagi pastu dpt li speaker ngn harga rm1 lagi wahh bertambah2 bertuah nie. cayalah. tapi mase nk beli speaker rm1 nie cuak gak. sbb biasenyer barang2 promosi nie kdg2 dpt yg da rosak (kecewakan) sbb comfirm lah time beli tu xleh test dlu. kira time beli tu tawakal lah rm1 jew kan heheee :P

balik2 umh trus test fulamak ade sound(bunyi) hehe suke sangat2.
berbaloi-baloi. pakej 3 in 1.
Camera.Teddy.Speaker

layanzzz...

Saturday, May 8, 2010

dI seBAliK

salam semua,

una harap semua tidak jemu menjenguk blog una yg dah berubah wajah ini. bg lah komen pape je tuk mencantikkn lagi blog una nie.

post kali nie una nk ceritakan dsebalik kata2 dlm blog una.
Blog una dinamakan SiMfONy ReAliTY yg membawa maksud kehidupan una seharian ini adalah reality bukan fantasi or khayalan. semua yg una tulis n lalui adalah kenyataan yg xboleh dubah melainkn dengn meminjam peralatan doremon.

MenGAliR NAdi EpiSOd CerITa MemUtaRKAn RoDa KeHIdUPan MeWaYanGkan ReaLIty
kata2 ini pula membawa maksud kehidupan ini xkan berhenti selagi kita bernafas dan kehidupan ini sentiasa berubah2 seperti roda sekejap d atas sekejap d bawah. ini kerana kehidupn sentiasa berubah mengikut arus kehidpan yg memaparkn kebenaran.

EpILog Una
epilog membawa maksud stiap bab(sperti novel plak ada bab) atau detik2 kehidupn yg una lalui seharian.

InsyAllah una akan cube sedaya upaya una dengan meluangkan lebih mase untuk blog tersayang una nie untuk post stiap hari, seharian una bernafas.
Doakn una yer. semoga kesempatan untuk una ada.(jgn balik umh pas keje trus tido huhuu)

kEnaPa.MenGAPa.bAgAImANa.aPaBilA

Assalamualaikum semua....sahabat2,anak2 buah,kakak2,abang2,adik2

cube tgk tajuk post una kali ini. ermm xrase pelik n curiga ke kawan2?
herrmmm
oleh itu,dsini una nk terangkn n kupas topik hari ini adalah tentang KENAPA.MENGAPA.BAGAIMANA.APABILA.
tjuk ini sungguh hangat dperkatekan buat masa ini.

una memulakan dengan KENAPA
KENAPA una memilih template ini berwarna hijau dan coklat.
hijau melambangkn ketenangan,kedamaian & alam ini yg berwarna hijau mendamaikan mata una n sesiapa shja yg singgah d blog ini.
dan warna coklat pula una pilih kerana warna favourite una yg melambangkan natural, asli,tanah,base n segalanya ttg coklat.

warna2 ini juga melambang ape yg tersirat d hati una dapat mencerminkn keperibadian diri stiap insan. ini kerana stiap insan pasti memiliki warna2 kesukaan masing2 kan?

una juga sempat bertanyakan dengan pak cik google segala maksud yg tersirat dan tersurat dsebalik warna2 kegeraman una ini. jum same2 kite share :-

warna hijau:
melambangkan mood positif,menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok, hutan, kehidupan,kestabilan,kedamaian & ketulenan.

warna coklat:
adalah warna tanah dan begitu byk d alam semulajadi. coklat melambangkan ketulenan dan kesederhanaan. ia juga warna yg hampir dengan kayu dan kulit.

oleh itu, ini faktor utama una memilih thema warna ini untuk blog una yg melambangkan mood positif,semulajadi,kedamaian,ketulenan & kesederhanaan. so terjawablah episod KENAPA. dan bleh x una merangkumi sekali lah bg jawapan tuk MENGAPA :p (suke atie ko lah una oii)

bg BAGAIMANA pula ini adalah faktor penyebab dr KENAPA dan MENGAPA tadi. BAGAIMANA una memilih tema2 ini adalah melalui berjalan2 ke blog2 kawan2 yg lain dan juga hasil dr meninjau kedai2 yg menjual template free kepada warga blog. mekacih byk2 kepada pencipta2 template2 yg cantik dn terkini d pasaran web skrg nie.sambil meninjau2 dan memilih ibarat ber"shopping" template so ini lah yg betul2 memikat hati una.

APABILA pula berkait rapat ngn BAGAIMANA. So APABILA una memilih tema ini una ternampk gadis yg duduk d atas kayu sambil merenung alam semulajadi nan indah. Sungguh indah Ciptaan ILAHI ini yg betul2 menggamit hati dan sanubari una yg kuat menyatakan memag teramat sesuai una memilih tema ini.

gadis itu ibarat una yg sedang memuji keindahan ciptaan ILAHI sambil berkata "syukur aku masih bernafas untuk melihat KeAGUNGANMU Ya ALLAH.
berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap detik d alam Mu ini"

oleh sebab itu,maka segala persoalan KENAPA.MENGAPA.BAGAIMANA.APABILA sudah terjwab. yeaaaayyy!!!
dpt hadiah kerana semua teka teki telah dijwab oleh una dengan jayanyer.
(sendiri tanya sendiri jawab. xaci kan.)

sekian,setakat ini sahaja teka teki untuk hari ini.
wassalam.

CONSTRUCTION TAMAT~~~

assalamualaikum semua,

ke bawah duli yg maha mulai raja-raja dengan ini mengisytiharkan segala pembinaan dan construction yg dijalankan selama ini telah tamat. segala kesulitan yg dilalui bersama kesabaran tuan2 dan puan2 semua ddahulukan dgn ucapan terima kasih byk2.

dengan lafaz Bismillahirahmanirahim una merasmikan blog ini telah berubah wajah hasil pembinaan dan kritikan dr anda semua yg telah memberi dorongan dan sokongan terhadap blog una ini.

dengan itu una amat2 menghargai segala jasa baik tuan2 dan puan2 semua dalam menjayakan misi pembinaan semula blog ini. jasa mu ku kenang hingga akhir nafasku.

dengan itu, una memotong pulut kuning dalam upacara perasmian ini. syukur ke Hadrat Ilahi dengan Limpah Kurnia Nya blog una telah siap dan telah melakukan 1 perubahan searas dengan kehendak global skrg (ape la yg una mengomel nie)

Amin2 Ya Robba Alamin......

Aik,doa ke? ermm pape la.