JoM KliK

Friday, December 30, 2011

Ayam Penyet

Assalamualaikum semua... sihat tak rinie? skrg musim tengkujuh, kadang2 hujan lebat kadang2 hujan renyai2 kadang2 panas sekejap mesti ramai yg berapa sihat kan.. demam, selsema, batuk adalah penyakit biase yg mesti dilalui setiap org pada musim tengkujuh nie.. lebih2 lgi pd org2 sekitar pantai timur, kelantan, terengganu n pahang... demam selsema selama sebulan hehehe termasuk lah una... start musim tengkujuh awal bulan 12 ritue hingga lah rinie duk demam n selsema serta batuk.. xsembuh2 agi tp dah berkurangan.. makin sihat lah..

Rinie una nk post resepi ayam penyet istimewa. sedap tau sambal die. skali makan mesti teringat2 hehehe. alkisahnyer time duk shah alam dulu g mkn kat kedai mkn indon area padang jawa di panggil masakan 'LELE' pelik gak first time dengar. rupenyer2 ayam goreng dimakan ngn sambal pastu ada sup serta nasi putih. mungkin sbb ayam die xdketuk xla dipanggil ayam penyet. dipanggil ayam LELE. tp setahu una Lele tu ikan keli lau dalm bahasa jawa@indon. pape la  hehehe janji masakan die sedappp..

Oleh kerana sambal ayam Lele tu sedap sgt una terjah lah resepi tuk sambal ayam tu. rase sambal ayam tu ade iras2 mcm sambal belacan tp xla byk lada/cili dlm tu. rase die pedas2 masam2 buah tomato rase belacan pastu lemak2 hehehee dah2 jum kite terjah resepi plak yer. nnti sume leh tau rase die cane..

Nie resepi tuk 1 hidangan lengkap ayam lele@penyet tu...una buat sambal je pastu ayam goreng biase serta nasi puteh hehehe sup pun xbuat sbb mkn ngn sambal n nasi puteh panas2 lg ummmmppppp...
klik kt cnie pun bleh jugak ayam lele @ penyet

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

  1. Ayampenyet
    Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  7. Sambal_ayam_penyet
    Untuk Sambal
  8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
  16. Untuk Sup
  17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  19. Nasiayampenyet
    Untuk Nasi
  20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.






No comments:

Post a Comment