JoM KliK

Sunday, February 21, 2010

gEjaLa X sERiUs.. But....



semalam tetibe jew una dserang sakit kepala yg amat n kepala panas rasenyer mencecah 42 darjah celcius... serius nie... pastu mula rase sakit dalam telinge.. berdengung jew rasenyer...
berdengung nie rase mcm kite naik tempat tinggi..haa rase mcm tulah dalam telinga una sampai la ke hari nie.... hukhukkk...

cal my mum tersayang.... my mum kate sebab kepala panas sgt sampai ke telinga rase.. my mum suh g klinik... tapi.... una malas g klinik... tau dah ubat yg die bg adlah ubat antibiotik, demam, selsema n batuk...hukhuk.... bosan tul... so una rehat kt umah jew la heheee....

nasib baek ade brukband nie leh tnya pakcik google(pinjam ayat syana hehee) ttg gejala yg menyerang una skrg nie....
rupenyer senang hidup dengan adenyer brukband nie kan...huhuuu...

so inilah hasil yg una dapat dr pakcik google nie... jum kite kongsi bersame.....

Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan(so jgn la risau sgt lau demam biase2 jew huuuu) terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
cirit birit, denggi, dan HIV.
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
• Barah

Rawatan
Rawatan dirumah : una guna rawatan dirumah.... sbb una rase demam biase jew....
• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup (una minum milo tanpa gula)
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam (una
amik active fast ngan air 100plus..
)

Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit
sendi, atau bengkak-bengkak badan
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
• Demam berkaitan dengan kecederaan


Pencegahan
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
• Mengamalkan kebersihan .
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
• Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari
farmasi untuk mengukur suhu badan.
• Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat
yang dimasukkan ke dalam mulut.
• Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
• Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
• Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika
suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang
rendah).
• Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga
Atau Perubahan Warna Kulit?
• Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
• Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

so inilah nasihat dr pakcik google...

una just amik active fast 2biji stiap 4jam. telan ngn air 100plus... pastu banyakkan minum air suam... lagi elok minum sup tp demam2 nie sape la nk buatkan sup tuk una kan...hukhuk... dah la my mum tercayang duk jauh hukhukk.... so.. una minum milo tanpa gula... demam+diet heheee....

No comments:

Post a Comment