JoM KliK

Saturday, March 20, 2010

adoiii...bahuku~~~

salam semua kawan-kawan..


una tau ramai kenkawan yg baca blog nie.tinggalkan lah jejak anda d post a comment.. leh una improve kan lagi blog una nie... okeh jum kite bercerita bahu una yg "krem" ini. seminggu nie bahu una belah kira sakit sangat2. xterkate sakitnyer.. mcam ade yg mencengkam dengan kuat n kebas n lemah rasenye.. nafas pun tersekat2 jew. una letak yoko2.. rase panas yoko2 mula2 ok tapi setelah seminggu lut(xberkesan da) yoko2 nie ngn bahu una. rase sakit mengatasi rase nyaman yoko2.. aduhai... nape nie nie bukan pertama kali una sakit bahu. dolu2 pun penah sakit tp xla rase sesakit ini. dulu just rase spt kebas2 n letak minyak mestika then ok jew. tp skrang xlagi. rase sakit semakin menyengat n lemah jew bahu belah kiri nie.. n ia menyengat ke dada... oleh itu una pun bertanya2 la pakcik google(pinjam ayat syana) ehee untuk mengetahui keadaan sakit bahu una nie... jum terjah pakcik google.. ok nie info2 yg una dok tekan2 n dapat.. jum share:


SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.
Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara. (sindrom inilah yg una alami sekarang)

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya. (uwaaaaaaa)

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengirin. (una lah nieee...) “Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko.(sudah semestinyer aktiviti harian una lah nie. kat ofis cmfirm guna pc alik umh duk depan laptop plop huhu). Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.


Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan. (yup.. dolu2 xsesakit ini just rase spt kebas jew, huksss...)

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.

Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.
Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. (semalam akhirnya mengalir airmata una sbb xtertahan sakit sampai xleh tido. then,tertido dalam esakan.) (T_T) Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan(xmau la bedah2..)menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:
Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

setelah una baca info2 nie... tau lah sebabnyer adalah cara duduk yg salah ketika menggunakan komputer or laptop.. una suke meniarap apabila lepak depan laptop. mungkin inilah punca sebanar yg menyebabkan sindrom lenguh bahu una nie. so lepas nie una kene berubah duduk d meja ketika menggunakan laptop... una...
una....


so, kawan2... posisi yg betul adalah penting untuk menjaga tulang2 n sistem urat saraf tubuh sentiasa sihat n tiptop...

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. u dah baik ke blm...i pn ada kena mcm nie gak....jom share email sy dkt mokhtar.mohd@gmail.com...

    ReplyDelete
  3. hyee u dah baik ke blm...jom share dgn i cause i kena jugak penyakit mcm nie...my mail mokhtar.mohd@gmail.com...

    ReplyDelete