JoM KliK

Tuesday, September 15, 2009

uJIaN iTU sATU rAHmAT




gambar nie aku grab dari fs nadiah heee
aku suke kate2 die..
jap aku tulis balik kate2 die..
xnampak kecik nanti tulisan die lau dah posting.


Rahmat Ujian
dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertemu

bibir mudah mengucap sabar
tapi hati yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai berbagai tafsiran

segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat RahmatNya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

No comments:

Post a Comment